Pengalaman Aku dlm hubungan percintaan . Sepanjang Aku mengenali seorang lelaki demi seorang lelaki , Aku merasakan diri Aku masih belum cukup matang utk memiliki Cinta yg Sejati . Tp , biasalah Remaja zaman sekarang Nafsu nk bercouple tuh membuak-buak . Hahaha . Nafsu couple je bukan nafsu maksiat . Aduhh . Jgn salah tafsir pulok ye ! Kay . Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani , sengaja temukan Aku dgn pelbagai ragam lelaki supaya Aku kenal erti Cinta Sejati dan kenal erti sebenar Kehidupan . Setelah sekian lama nya aku bercinta , tp baru sekarang Aku sedar yg Hati aku sebenarnya belum masih cukup kuat utk menempuh dugaan org bercinta . Alhamdulillah , sekurang-kurangnya Aku sedar sebelum perkara lain yg mungkin lebih perit akan berlaku pd diri Aku sndiri kelak . Cinta merupakan suatu yg elemen yg kuat iaitu mampu menguasai emosi dan fikiran kita . Kita tak sedar cuma kita menyatakan bahawa Cinta adalah Buta . Setiap manusia ada cara tersendiri nk mendidik , menjaga , mempertahankan dan membuktikan tentang Cinta dlm hubungan masing-masing . Apa yg Aku dh pelajari ialah Jgn terlalu mudah jatuh hati pd seseorang berdasarkan Rupa , Harta mahupun Kata-kata manis . Tapi ambil lah sedkit masa utk mengenal hati budi seseorang dan sedikit sebanyak tentang cara seseorang itu dlm hubungan percintaan . Biarlah bertemu org yg salah sewaktu bercinta asal jgn biar bertemu org yg salah selepas mendirikan rumahtangga .
