Perkenalan secara tidak sengaja . Kau menghampiri aku dgn cara yg sgt simple . Aku tidak menjangkakan apa-apa yg buruk tentang kau . Kita berkenalan melalui SMS . Ikatan persahabatan kita bertukar menjadi ikatan percintaan selepas kau memberitahu bahawa kau punya hati utk aku . Tapi waktu itu aku tak punya hati utk kau . Maafkan aku . Secara tak sengaja , Tuhan sengaja menguji aku membuka pintu hati aku utk kau . Aku dan kau saling mencintai . Seperti yg kau tahu , cinta aku betul ikhlas dan tulus utk kau . Aku juga berharap serta meyakini bahawa kau juga begitu . Sepanjang kita bersama , kau tak pernah menunjukkan rasa kasih sayang kau pd aku . Walaupun melalui pandangan . Selepas sebulan kita bersama , kita teramat jarang berjumpa . Dan cara kau semakin berbeza dgn aku . Aku cuba menafikan yg buruk akan berlaku antara aku dan kau . Berkali-kali aku menanyakan kpd kau tentang tergantung nya hubungan kita . Tp kau cuba utk menafikan yg aku sudah tiada dlm hati kau . Aku sedaya upaya utk terus tidak merasakan sesuatu yg buruk . Rupa-rupanya , kau masih berkasih mesra dgn seorang kenalan perempuan aku . Sedangkan waktu perkenalan kita dulu , kau meyakinkan aku bahawa kau tidak punya siapa dihati . Sejak itu , hati aku luluh utk bercinta dgn kau lagi . Kau langsung tidak menunjukkan rasa bersalah kau pd aku sdgkan aku telah kau lukai . Kau bunuh kepercayaan aku . Kau tikam perasaan aku yg ikhlas utk kau . Namun setitik darah pun tidak kau perasan . Aku merelakan kau pergi dr hidup aku walaupun terlalu pahit utk aku lalui . Biarpun sakit aku rasakan , aku sanggup kau merasakan bahagia walaupun tidak bersama aku . Aku yakin bahawa bahagia kau tidak akan kesampaian jika kau masih bersama aku . Biarlah kau mencari kebahagiaan kau bersama dia yang telah lama menawan hati kau . Melihat bayang kau bersama dia cukup membuat aku berasa pilu di hati . Aku lebih rela buta mata drpd melihat kau bersama dia . Bukan aku masih sayang pada kau , bukan juga aku rindu pada kau . Cuma aku terkilan dgn kau yg sgt 'licik' memperdaya aku . Aku mendoakan agar diri aku mendapat kekuatan dan ketabahan walaupun sukar utk aku berdiri . Terima kasih kpd kau yg pernah memberi harapan biarpun kau yg musnahkan .
