Happy New Year to all of you . Masing-masing akan bertambah umur . Bukan la tua . Cuma meningkat dewasa kan . Semakin lama kita hidup , maknanya semakin dekat kita dengan kematian . Ain ingatkan diri Ain sendiri mahupun kepada pembaca , selagi kita diberi nafas untuk terus hidup di bumi Allah , cepat-cepat la kita kembali di jalan-Nya sebelum roh kita ditarik . Dunia sekarang makin lama makin banyak gejala yg cuba untuk meruntuhkan agama Islam kita . Perasan tak korang ? Mula-mula dunia kita dikejutkan dgn ramalan yg dunia akan kiamat tahun 2012 . Kononnya tarikh telah ditetap kan pd tahun lepas . Ya Allah , biarpun mana-maa peramal kejadian yg paling hebat di dunia ni pun , takkan mungkin ada yang tahu tentang tarikh kiamat . Sedang Nabi kita pun tak tahu tarikh kiamat . Siapalah kita sebagai manusia biasa yg tahu tentang rahsia Allah S.W.T . Bila dah start tahun baru , masing-masing berazam dgn azam baru masing-masing . Harap azam korang dapat capai kay ? Berusaha lebih , In Sha Allah akan berjalan lancar . Kepada yg nak peperiksan penting tahun ni , UPSR ke PMR ke SPM ke STPM ke kan ? Semoga Berjaya !!! Kejayaan mmg takkan datang dr langit dgn sendirinya. Allah memang Maha Pemurah . Tapi kalau kita nak berjaya , takde usaha . Apa gunanya berazam tinggi kan ? Sebab tu orang selalu cakap "DUIT mmg penting . Maksudnya , Doa , Usaha , Ikhtiar , Tawakkal" . Ramai yg berharap agar setiap kali tahun baru akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lepas . Tapi kita sentiasa diuji Allah supaya kita ingat pd-Nya selalu . Ujian , dugaan sebagai tanda Allah sayangkan kita kan ? Perlahan kita kayuh , akhirnya nanti sampai juga . Bersabar itu penting dlm mengharungi kehidupan . Sempena tahun baru 2013 ni , Ain nak minta maaf atas setiap kesalahan yg pernah Ain lakukan sepanjang tahun lepas . Mohon terima kemaafan Ain . Harap sangat tiada benci mahupun dendam antara kita . Semuanya sekali , baik ex boipren , kawan-kawan , kawan tempat kerja , sesiapa je la yg kenal Ain . Btw , support Ain di youtube dan Bisnes Ain kay ? Terima kasih .
