Mak dan Ayah merupakan orang yang tersangat penting dalam hidup sesiapa pun kan ? Alhamdulillah saya selesa dan bahagia serta bangga jadi satu-satunya anak perempuan mereka . Mungkin Ain tak dpt banggakan Mak Ayah dgn sambung kelayakan Ain sbg seorang pelajar . Maafkan Ain . Sebab hati Ain mmg taknak . Ain akan berusaha dgn cara lain untuk banggakan Mak Ayah . Boleh kan ? Ain akan berusaha buat apa sekalipun asal kan dapat buat Mak dan Ayah senang . Ain nekad Ain taknak bebankan Mak dan Ayah lagi . Korang , Ain cpt sentap tau actually bila cerita pasal Mak dan Ayah . Menaip ni pn air mata mencurah-curah . Entah kenapa la . Ain nk ingatkan pd diri Ain sendiri dan kpd pembaca , korang . Ingat , bukan senang nak jadi ibu dan bapa kepada anak-anak . Banyak yg kita kena belajar . Nak dirikan rumahtangga mmg bunyi nya indah . Tapi fikirkan yg terbaik . Bakal suami/isteri kita sanggupkah mereka mengahwini kita serta terima keluarga kita ? Mampukah kita memikul tanggungjawab sebagai seorang suami/isteri ? Banyak benda yg kita kena fikir bila nak kahwin atau dah kahwin . Kahwin muda mmg tak ada masalah . Tapi ready ke kita nak jalani kehidupan sbg seorang suami/isteri ? Kita yg muda ni dah kenal ke erti beban dlm kehidupan ? So , korang berfikirlah semasak-masaknya , bawa berbinacang dengan kedua-dua ibu bapa . Sekarang waktu bercinta mmg hak masing-masing . Tapi bila masa kita kecewa , kita kena ingat bahawa Allah sedang menguji kita untuk menjadi seorang hamba-Nya yang mampu berdiri semula selepas jatuh .
