Wednesday, 6 February 2013

Mati itu pasti


Ya Allah , Bantulah hamba-Mu 
Ya Allah , Luruskan hatiku 
Aku pinta hidayah-Mu meneruskan sisa usiaku
 Hanya kepadamu tempat aku mengadu 
Aku pinta rahmat Mu melimpahi kehidupan aku

Ya Allah , perkenankanlah taubat aku .
Ampunkan hamba-Mu yang sering sesat dari jalan-Mu .
Ya Allah , terimalah amalan aku .
Kekalkan keimanan aku hanya kepada-Mu .

Ya Allah , sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yg hina .
Aku tidak sanggup untuk menerima azab neraka-Mu yg teramat dahsyat .
Namun , dengan rendah diri , layakkah aku mencium bau syurga indah-Mu ?
Ampunkan segala dosa aku .

Ya Allah , tutupkan pintu hati kemarahan , kebencian , malah bongkak .
Elokkan keperibadian aku .
Berikan aku kekuatan untuk melawan hawa nafsu dunia yg sering menyesatkan aku .
Gerakkan hati aku untuk melakukan apa jua hanya di jalan-Mu .

Ya Allah , pekakkan aku daripada mendengar perkara-perkara yg lagha .
Bisukan aku drpd bercakap perkara-perkara yg keji .
Butakan aku drpd melihat perkara-perkara kemungkaran .
Lemahkan anggota aku drpd pergi mahupun bergiat dlm aktiviti kemaksiatan .

 
 


Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)