Zaman sekarang remaja dah semakin 'bijak' membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang muda . Ramai yang berpendapat tentang kos sara hidup sekarang bukanlah semudah dulu .
Orang dulu , umur 14 tahun pun , kalau tak sekolah dikahwinkan cepat tu adalah selamat . Sekarang ? Umur 14tahun bila cakap nak kahwin rasa mcm nak lempang kan ? Sebab dari atas sampai bawah , ibu dan ayah tanggung belikan semua . Ada hati nak kahwin ? Kan ?
Zaman serba moden ni , tak semuanya mudah . Nak cari duit bukan senang . Tak percaya ? Memang lah carik kerja dapat lah duit . Tapi pendirian seseorang itu untuk kekal dan tekun terhadap kerja tu yang menjadi masalah ? Kadang orang berdarah muda ni , panas baran nye tinggi , ego nye hebat . Maklum lah orang muda . Bila majikan tegur sikit , mulalah melenting , letak jawatan . Dah pulak terus takde kerja . Itulah yang dirisaukan .
Cakap nak kahwin , berjanji setia sehidup semati susah dan senang bersama . Tapi mental diri masing-masing dah bersedia untuk memikul tanggungjawab ? Bukan lah mudah nak pikul tanggungjawab bila dah ade rumahtangga sendri . Berkahwin ni lebih besar dugaannya drpd bercinta . Kalau setakat bercouple tu , gaduh gaduh , break . Takpelah . Ni dah kahwin , takan gaduh gaduh terus .... . Astaghfirullah . Allah suka pada hambaNya yang mendirikan rumahtangga . Tapi Allah murka bila hambaNya mengambil keputusan terburu-buru untuk bercerai . Fikir fikirkanlah .
Usia tak menjadi masalah untuk berkahwin cepat atau lambat . Semuanya atas diri masing-masing . Kalau usia muda , tapi pendirian nya itu teguh dan mentaliliti dah bersedia untuk mengharungi fasa selepas bujang . Kalau usia dah lanjut , tapi masih getek nak tambah tambah tambah sampai penuh kotak , itu pun susah jugak. Kan ?
Tanya pada diri sendiri . Kita berkahwin bukan dgn pasangan , tapi seluruh ahli keluarga dia dgn mak ayah adik beradik sepupu sepapat dua pupu anak sedare segala bagai. Manusia ni pulak banyak ragamnya . Tak semua orang dapat pasangan yang ahli keluarganya itu semuanya baik baik belaka .
Semuanya atas ketentuan Allah .
Yang paling penting , baikkan diri sendiri sebelum bermimpi nak mendapat yang baik baik belaka . Berusahalah tanpa putus asa untuk mendekatkan diri kpd Allah nescaya Allah akan permudahkan urusan kita .
Maaf kalau ada yang terasa ye ? :)
