Friday, 5 April 2013

Allahu Rabbi

Assalamualaikum . Hi ! Post ni Ain nak cerita sikit pasal hati Ain yg terkadang tak berhenti disakiti . 
Remaja kan ? Biasa lah . Cepat lelah dalam soal bercinta . Kaum Hawa pun adalah kaum yg lemah . Tapi kaum Hawa lemah bukan sebarang lemah , kami juga ada kekuatan yg tertentu . 
Ain seorang yang banyak mulut , tapi dalam kecoh Ain , Ain juga seorang yang sangat suka memendam perasaan . Ain suka simpan perasaan sakit sendiri . Bukan simpan dendam .
Maafkan Ain kalau Ain menangis kerana seseorang . Ain menangis kerana Ain tahu hati Ain dah dikecewakan . Tapi Ain tak mampu untuk membicarakan hati Ain dilukai . Maafkan Ain . Ain seringkali menangis kerana selalu rasa diabaikan . Ain anggap tuh semua ujian Allah . Sebab Allah belum temukan Ain dgn orang yang tepat . Mungkin belum sampai masanya lagi . Ain belajar mengenal percintaan dan belajar menjadi seorang perempuan yang tabah drpd segi mentaliti . In Sha Allah . 
Maafkan Ain kalau cara Ain mencintai sangat merimaskan . Ain cuma mengharapkan seseorang itu yang drpd bibirnya mengatakan cinta tapi hatinya tidak menerima Ain seadanya . Mohon , jangan perkatakan awak terima Ain seadanya tapi hati awak langsung tidak boleh menerima Ain dgn diri Ain .

Ya Allah , jika liku likuan hidup aku ini telah Engkau tentukan untuk aku terus berjuang dalam kehidupan untuk mengenal erti hidup dan percintaan , aku redha Ya Allah . 
Namun , berikan juga aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi setiap ujianMu .
Biarpun aku bermandi air mata , aku tahu drpd menangis , barangkali aku akan bertemu dgn kekuatan drMu .


Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)