Assalamualaikum . Hi korang ! Nak share something .
Masing-masing ada life sendiri kan ? Masing-masing ada family sendiri . Dan masing-masing jugaklah ada masalah sendiri .
Sometimes orang yg paling rapat dgn kita pn takkan mampu faham isi hati kita . Sebenarnya tak semua perkara kita boleh kongsi dgn orang yg paling kita rapat dan percaya . Manusia mudah berubah apatah lagi hati .
Korang yg masih punya ibu atau ayah yg masih sihat walafiat utk mencari rezeki . Bersyukurlah wahai sahabat . Tanamlah rasa syukur ke hadrat Ilahi yg masih memberi awak nikmat dunia dgn memberi kesenangan dunia dan bersama keluarga yg kaya mahupun hidup mewah.
Once awak hilang 1 nikmat yg Allah beri hanya kerana sikap takbur atau lupa utk bersyukur , waktu itu baru awak akan sedar betapa susahnya nak menempuh hidup .
Awak , bukan senang nak cari duit bagi makan sesuap nasi utk sekeluarga . Bukan mudah menjalankan tanggungjawab sbg seorang anak utk menjaga ibu atau ayah yg sakit dan dalam masa yg sama awak kena bekerja mencari duit . Awak takkan pernah faham situasi yg tegang atau suasana yg sukar utk usia yg muda dalam menempuh ujian berat drpd Allah. Semua anak ada tanggungjawab . Yang membezakan adalah mampukah kita menjalankan tanggungjawab itu dgn baik sebagaimana ibu dan ayah menjalankan tanggungjawab mereka membesarkan kita?
Menjaga orang sakit bukan suatu perkara yg mudah sekadar menyuap makan , beri makan ubat . Tp skop menjaga org sakit sangat besar . Drpd menjaga makan , minum , buang air segala sampailah ke jiwa orang sakit yg sentiasa meracau. Percayalah perasaan dan emosi org sakit lebih sensitif drpd org lain . Orang sakit mudah give up . Awak kena tahu, nk kuatkan semangat org yg lemah bukan suatu perkara yg boleh dilakukan dgn hanya memujuk . Tapi banyak cara . Antaranya , sentiasa berada di sisinya , sentiasa memberi sokongan dan dorongan yg positif walaupun fikiran mereka sering diganggu pemikiran yg negatif.
Wahai sahabat , Ain ingatkan diri Ain sendiri mahupun pembaca , sentiasalah bersyukur dgn setiap nikmat dan kemudahan yg Allah masih beri kpd kita . Beringat , bila-bila masa je Allah boleh ambil semuanya drpd kita kerana semua itu adalah hanya pinjaman di dunia .
Wallahua'alam.