Friday, 23 August 2013

Isu Sensitif ?

Assalamualaikum . Hi ! 
Nak share pandangan dan luahan . Isu sensitif bg sesetengah atau mungkin semua orang tentang berat badan mahupun bentuk badan . 
Kadang ada orang buat bahan gurauan . Sesuka hati menegur "Eh kau dah gemok?" "Kau knp makin berisi ?" "Kau mkn banyak sgt lah . Gemok nya ." "Nampak lah segala lemak dan babat kau" . Dan ayat seumpanya . Hati orang kita tak tahu . Ada orang boleh terasa dgn teguran tu . Ada orang dah mmg lali . Tapi ingatlah wahai sahabat , saling menjaga hati sesama kita supaya tak siapa yang menyimpan  perasaan sedih .
 
Dan isu paras rupa matang . Sesetengah orang mmg paras rupanya nampak matang mungkin kerana 'genetic' mereka yg kadang berbadan tinggi serta besar . Dan mungkin yang ada paras rupa nya comel kerana 'genetic' mereka yang kecil molek . Ayat makan dalam sedangkan kita ni bujang lagi . "Dah kahwin eh?" "Awak anak berapa?" "Suami/Isteri awak tu?" "Kau ni dah mcm bapak/mak budak dah ." "Muka kau nampak tua la" . Wahai sahabat , belajarlah utk berbudi bahasa dan menjaga hati orang lain walaupun itu bukan senang . Mmg bukan senang nak jaga hati orang , tapi sekurang-kurangnya usahalah .

Beringatlah sesama kita , bahawa tak semua benda boleh dijadikan bahan gurauan dan topik perbualan .

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)