Encik suami, .........................
Perkenalan kita yg terlalu singkat bermula pada akhir Mac 2014. Dalam masa yg singkat itu , kita merancang untuk mengikat hubungan kita dgn pertunangan . Saya sangka kan perkara ini terlalu awal utk saya , tapi dengan 'ke-gentle man' awak utk berjumpa dgn mak ayah saya , cukup buat saya dan keluarga bangga dengan awak sehingga ke hari ini .
Persiapan pertunangan kita dalam masa beberapa bulan sahaja . Beli barang , book pelamin , book photographer . Alhamdulillah semuanya berjalan lancar masa itu .
Dalam tempoh setahun pertunangan kita lah , kita saling mengenali antara satu sama lain . Dan kita saling memahami antara satu sama lain .
Dalam masa yang sama , saya kenal awak siapa . Dan saya baru kenal erti cinta sebenar . Bukan nak bagi ayat cliche . Tapi itulah hakikatnya . Awak terima saya seadanya . Begitu jua saya . Terima kasih ya Allah kerana menyempurnakan aku dengan hadirnya dia .
Sehinggalah saat kita dinikahkan , hati saya lega kerana awaklah org yg bakal membimbing saya ke syurga . Awak jugalah imam saya . Alhamdulillah .
Saya tidak pernah minta lebih atau impikan kemewahan dlm hidup kita bersama , cukup sekadar kita dapat teruskan hidup dalam keadaan yg sederhana . Susan senang , saya akan terus bersama awak . Baik buruk , saya tetap akan terima awak .
Hanya satu impian saya iaitu hidup bersama awak dengan penuh rasa cinta & bahagia hingga ke akhir hayat kita . Insha-Allah .
Cinta saya tak pernah berubah dari hari pertama awak curi hati saya sehingga saat ini . Syukur ya Allah . Saya akan cuba sedaya upaya utk menjadi isteri terbaik seumur hidup awak . Sakit pening akan saya jaga . Makan minum pakai jua saya jaga . Cita cita saya kini hanyalah utk menjadi seorang isteri yg terbaik utk suaminya .
Encik suami , .......................
kalau bukan awak , saya tak kenal erti cinta . tak faham erti sabar , tak tahu erti hidup . Sepanjang perkenalan kita ,awak banyak beri saya tunjuk ajar dlm meneruskan hidup dengan penuh kesabaran .
Maafkan saya andai saya ada terkasar bahasa , terlanjur kata sehingga mungguris hati awak , Maafkan saya , encik suami .
Ikhlas dari isterimu,
Ain