Tuesday, 18 December 2012

Jika kau lebih mencintai dia

Antara kita memang tiada sebarang ikatan percintaan . Tapi apabila wujud perasaan sayang dalam hati saya , maka perasaan takut utk kehilangan awak serta merta akan hadir . 
Cara awak mengusik , bergurau dengan saya membuatkan saya jatuh hati pada awak  Tapi andailah kata awak belum memahami betapa hebatnya cinta saya pada awak , saya biarkan masa memberitahu awak kelak .
Saya seorang yang jenis memang mudah mengaku kalah dalam hal sebegini . Saya sedia mengundurkan diri demi kebahagiaan awak bersama si dia . 
Saya takkan pernah menyalahkan sesiapa jika hati awak memilih si dia .
Kerana utk menyayangi bukan boleh dipaksa . 
Jika saya orang yang awak pilih , saya menadah tangan berdoa tanda syukur .
Saya telah lama memahami setiap kekurangan pada diri saya  yang mungkin awak tak berkenan di mata mahupun di hati .
Maafkan saya kerana saya tak menjadikan hubungan kita sempurna seperti awak inginkan .
Saya hanya cuba menjadi diri saya yang terbaik untuk orang saya sayang . 
Sejujurnya daripada hati saya , saya masih menyayangi awak walau apa pun bakal terjadi . 
Saya takkan pernah berhenti menyebut nama awak dalam setiap doa saya .
 


Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)