Monday, 17 December 2012

Pedih Hati

Aku tak ingin bercinta lagi .
Kerana sudah tertutup pintu hati .
Kenangan pahit yang telah terjadi .
Membuat aku lemah untuk percaya kepada lelaki .
Bukan pula aku sudah tegar untuk berpaling tadah daripada semua jenis lelaki .
Cuma hati ini belum bersedia untuk menerima cinta lagi .
Setakat ini , aku hanya mampu untuk menumpang teduh di bahu seorang lelaki yang mampu menjadikan aku sebagai teman sejati .
Aku ulangi , teman sejati bukan teman sehidup semati .
Siapakah gerangan teman sejati aku biarlah menjadi perkara peribadi .
Aku lebih selesa berkawan dengan sesiapa baik perempuan mahupun lelaki .
Untuk menjadikan cerita aku ini .
Telah terlalu banyak cerita sedih  yang pernah aku lalui .
Tapi itu semua membuatkan aku menjadi lebih matang pd hari ini .
Biarpun tak semudah orang sangka aku mampu mengubat luka di hati .
Cerita cinta monyet remaja zaman sekarang bukan mudah utk difahami .
Manusia sekarang semakin lama semakin pelbagai ragam yg sukar utk dikaji .
Puas sudah aku menangis seorang diri . 
Namun kehadiran seseorang yang baru utk menjadi tempat pengganti .
Semua hanya sementara kerana Tuhan belum temukan aku lagi dengan lelaki yg betul-betul menjadi teman hidup aku nanti .
Pernahkah awak terfikir bagaimana awak hendak jalani kehidupan yg sukar begini ?
Usia yang muda bukan perkara yg mudah utk lalui kehidupan yg berliku apatah lagi dengan pasangan kekasih hati .
Wanita mmg lemah dr segi emosi .
Tapi dari segi mentaliti , kemungkinan besar wanita mampu menjadi seorang tabah yg dapat menghadapi segala ujian yang diberi .
Biarpun duri mahupun sembilu sering melukakan dia , tapi percayalah dengan air mata yang ditangisi .
Wanita mampu untuk bangkit lagi .
Aku masih terkilan dan tertanya-tanya atas dosa apa aku diperlakukan seperti ini ?
Aku teringin untuk merasa diri aku dihargai .
Malah aku teringin merasa aku dicintai , dibelai malah disayangi .
Terkadang aku memujuk hati aku sendiri .
Bahawa bukan sekarang masa utk aku merasa semua ini .
Mungkin Tuhan telah tetapkan suata masa nanti . 
Aku akan merasa nikmat percintaan yang telah ditentukan ketentuan Takdir .
Dengan lafaz Bismillah , aku berdoa agar aku bakal bertemu jodoh yang terbaik utk diri aku ini .
Di setiap perancangan-Nya pasti adalah yang terbaik .
Amin .

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)