Saturday, 30 March 2013

Bersyukurlah

Zaman sekarang makin lama makin moden . Makin banyak alat-alat kemudahan . Barangkali manusia boleh jadi makin malas . Contoh terdekat , alat perhubungan . Dulu paling canggih pun telegram . Tu paling cepat la kirenya sesuatu maklumat guna telegram . Kalau guna surat menyurat ni lambat sikit la . Maklumlah kan . Orang dulu bercinta pun melalui surat . Suara tak pernah dengar , muka tak pernah kenal . Hati tak pernah bersua . Dipadankan untuk menjadi pasangan hidup ? Hm . Zaman berubah dgn ada nya telefon bimbit . Budak-budak sebaya Ain atau lebih kurang , susah sebenarnya nak merasa ada telefon bimbit pada usia 10 - 12 tahun . Budak sekarang ? darjah 4 kod dah pandai guna ayat cinta , dah bijak nak explore smartphone . Ain dulu pun , darjah 6 baru tahu guna handphone yang lampu biru kuning tu . Ain bukan berpendapat semua budak zaman sekarang ni dah berlagak selaras dgn arus kemodenan . Ain percaya ada juga yang tak merasa semua kemewahan tu kan ? Tapi kebanyakan nya begitu . Apatah lagi sekarang kat sekolah dah boleh bawah phone ? Budak-budak sebenarnya sikap mereka suka bersaing . Tapi kadangkala bersaing secara tidak sihat . Bersaing untuk menunjuk siapa ada yang lebih hebat . Hm . Susah nak jumpa budak zaman sekarang yg tak pernah nak demand . Maksudnya , nak sesuatu dgn usaha sendiri . Kebanyakannya sekarang nak itu dan iti hanya keluar suara pd ibu dan ayah . Dik , bukan senang nak cari duit . Bukan senang nak cari sesuap nasi tau ? Kalau adik tak boleh fikir sekarang mcm mana susah . Satu hari nanti adik adik akan tahu juga . Macam mana susahnya nak cari makan untuk keluarga , anak-anak . 

Manusia kadangkala leka untuk belajar rasa susah sebab dah selalu rasa senang .
Alah bisa tegal biasa . Pernah dengar kan pepatah ni ? Hm . Ain selalu ingatkan diri sendiri supaya jangan selalu rasa selesa dan riak dgn apa yg kita ada sekarang . Pada masa akan datang , bila Allah kata Allah akan tarik balik nikmat yg diberi , sekelip mata je . Jadilah , selalulah beringat bahawa sentiasa bersyukur dgn apa yang ade . Jika kita rasa kita susah , ada lagi yang lebih susah drpd kita . Fikirkanlah tentang orang yg lebih susah untuk mencari walaupun tempat untuk berteduh . 
Maaf kalau ada yang terasa . Cuma nak mengingatkan diri sendiri .

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)