Setiap manusia dlm dunia takkan lari drpd kesilapan kerana syaitan takkan pernah berhenti mengejar kita untuk melakukan kejahatan .
Allah telah menetapkan setiap masalah itu jalan penyelesaiannya , setiap kesusahan ada kesenangannya , setiap kedukaan akan ada kenikmatannya . Allah Maha Adil kan ? Kata kunci untuk semuanya adalah sabar dan taqwa . In Sha Allah permudahkan jalan kita .
Mari sama-sama berdoa ?
Ya Allah , berikanlah cintaMu kepada aku . Jadikanlah aku orang yang sentiasa mencintaiMu . Dan jadikanlah aku hambaMu yg mencintai perkara-perkara yang membawa kepada kecintaanMu .
Ya Allah , mungkin aku tidak mampu untuk membahagiakan kedua dua ibu bapa aku dengan kemewahan di dunia . Maka dengan itu perkenankanlah doa aku . Engkau ampunilah dosa kedua dua ibu bapa aku , permudahkan urusan mereka di dunia dan di akhirat , kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku drpd kecil , jauhkan mereka drpd azab api neraka dan masukkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau kasihi .
Ya Allah , kadangkala aku merasa sangat sukar untuk menjalani setiap liku kehidupan aku ini . Tapi perlahan-lahan aku memujuk hati supaya bersabar kerana ini semua adalah ujianMu ke atas diri aku . Aku seringkali jatuh apabila ditimpa dugaan . Kadangkala aku lemah tak berdaya . Hanya bertemankan air mata dan doa . Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan hanya kepadaMu tempat aku mengadu segala isi hati aku . Sesungguhnya Engkaulah Ya Allah Yang Maha Mengetahui .
Ya Allah , jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa ikhlas dalam melakukan kebaikan . Jauhkanlah kami drpd sifat bongkak riak dan angkuh apabila aku melakukan sesuatu kebaikan dan mendapat pujian orang ramai .
Ya Allah , jadikanlah aku hambaMu yang sering rasa bersalah apabila diajak atau dihasut untuk melakukan kejahatan mahupun maksiat . Jauhkan aku drpd sifat suka melakukan perkara-perkara yang mengundang kemurkaanMu .
Ya Allah , setiap perjalanan aku telah Engkau tetapkan . Baik buruk sepanjang perjalanan kehidupan aku , aku pasti ada hikmah disebaliknya . Berikan aku hati yang tabah untuk terus berdiri dan meneruskan duri duri kehidupan . Sesungguhnya aku percaya , Engkau tidak akan pernah berganjak dan sentiasa sedia untuk mendengar tangisan dan luahan isi hati .
Ya Allah , jika rezeki aku masih tersangkut di langit , turunkanlah . Jika masih terbenam di dalam tanah , timbulkanlah . Jika masih di dasar laut , timbulkanlah . Jika masih jauh , dekatkanlah . Jika haram , sucikanlah . Jika sukar , permudahkanlah . Berikan aku kudrat untuk berusaha mencari rezeki di jalan keredhaanMu .
Ya Allah , adakah amalan aku tidak diterima ? adakah doa aku tidak dimakbulkan ? Adakah kerana hati aku berbisik kata-kata yang tidak ikhlas dalam setiap perbuatan yg aku keranaMu ? Aku inginkan hati aku sendiri ikhlas dan jujur dalam setiap perbuatana aku keranaMu . Niat di bibir aku keranaMu . Jangan lintaskan niat di hati aku kerana untuk mendapat perhatian orang . Astaghfirullah . Ya Allah , aku ikhlas ya Allah .
Ya Allah , aku masih lagi hina . Aku masih lagi banyak dosa . Aku masih lagi jauh untuk mencium bau syurga . Aku impikan keindahan dan kenikmatan syurga indahMu yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia . Aku takut akan api nerakaMu yang dahsyat yang tidak akan tertahan oleh aku . Tunjukkan aku kejalan yang Engkau redhai .
Ya Allah , temukan aku dengan cinta yang pasti . Jodohkan aku dengan seorang lelaki yang mengisi ruang hatinya dengan cintaMu dan menghiasi hatinya dgn cinta aku .
Ya Allah , janganlah Engkau ambil nyawa aku sebelum aku sempat bertaubat . Janganlah Engkau tarik roh drpd jasad aku sebelum aku berada di jalan keberkatanMu .
Ya Allah , mulut aku sering bicara yg dusta . Mata aku sering melihat yg maksiat . Telinga aku sering mendengar perkara yg lagha . Kaki aku sering pergi ke tempat yang menjauhkan diri aku kepadaMu .
Ya Allah , aku bermohon kepadaMu agar bersihkan hati aku drpd bintik-bintik hitam yang menggelapkan hati aku . Tingkatkan iman aku yg sering lemah. Aku bermohon agar iman aku akan menjelaskan tentang diri aku di akhirat kelak .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , berkatilah hidup aku , keluarga aku , rakan-rakan aku dan masukkanlah saudara aku , rakan-rakan aku yang telah pergi menghadapMu dalam kalangan orang yang beriman .
Amin Ya Rabbal Alamin .
