Friday, 29 March 2013

Jangan merumitkan

Post ni sebenarnya bertujuan nak beri pendapat drpd cerita TV3 bertajuk Ohhh ... Harammm . 
Ain baru je lepas nonton cerita tu . Dan membuatkan Ain rasa mcm nak luahkan pendapat Ain kat sini . 
Cerita ni sebenarnya mengisahkan seorang lelaki yg menuntut ilmu agama di suatu tempat . Dan dia keluar sebagai seorang yg 'sangat' mengenal tentang hukum hakam dalam Islam .
Plot ceritanya lelaki itu seorang yg sangat alim warak orangnya sehinggakan semuanya yg terjadi pada mata dia adalah haram . Sampaikan nak berpandangan mata dgn perempuan lain pun dikatakan haram . Lelaki itu mengatakan bahawa bersedekah pd bulan Ramadhan , contohnya biasa kan kat masjid ade orang buat bubur lambuk . Bagi makan untuk jemaah yg hadir kan ? Katanya 'Saya datang ke masjid untuk beribadat . Bukan untuk makan' . Banyak lagi kes lelaki itu dlm cerita nya . 
Pendapat Ain , Ain mmg tabik dan respect pada lelaki dan orang alim warak ni . Yelah pegangan agamanya teguh . Hatinya mmg taat pada Allah yang Esa . 
Tapi , sesetengah lelaki yg 'alim' ni , bg dia semuanya tak betul . Ini tak boleh . Itu haram . Semuanya jadi salah . Dalam kehidupan sekarang yg serba moden , lain cara untuk berdakwah . Mmg ajaran Islam tak pernah berubah . Panduan dlm Al-Quran tetap akan sama sampai hari kiamat . Cuma masalah sekarang , manusia berubah mengikut zaman . Sekarang ni , bukan senang senang je nak tegur orang 'Awak tak boleh buat mcm ni . mcm tu . Berdosa . Allah murka' . Tak ! Ain ulang bukan dgn cara tu utk tegur org zaman sekarang . Manusia masing-masing ade sifat degil dan ego sendiri . Kan ? 
Niat kita kadang baik nak menegur orang . Tapi bila dah ditegur , org yg ditegur rasa marah dan kecil hati dan ade perasaan benci pd kita lalu bermusuh . Bukan cara Islam kan nak menegur kesalahan org lain dan tanpa disedari hati tersakiti lalu mewujudkan dendam ? Kan ?
Andai ada lelaki yg cari kerja tapi dia nak kerja nya itu tidak bergaul lelaki dan perempuan . Contoh mcm dalam satu office hanya 1 jantina . Boleh dapat ke kerjaya yg seumpama itu sekarang ? Zaman sekarang ni ? Boleh dapat ? Kerja sekarang bukan senang nak dapat . Taraf hidup sekarang makin lama makin tinggi . 
Mmg rezeki tu datang drpd Allah . Tapi kalau kita tak berusaha . Jangan berangan lah Allah nak turunkan rezeki . 
Ada juga lelaki yg bergelar suami yg gunakan dalil dan tegakkan hak dia sebagai seorang suami adalah ketua keluarga . Dia tahu dah suami adalah pemimpim keluarga . Tapi kerjanya tak ada . Dapat duit , duit haram . Maaf ye . Bila dah hebat menegakkan hak suami , isteri pun ada hak untuk ditegakkan . Hak isteri adalah menuntut nafkah yg halal drpd suami . Ada pulak isteri je yg bekerja . Suami pulok duduk rumah jage anok . Hukumnya dayus lelaki itu . Astaghfirullah . Ain bukan nak tunjuk pandai . Ain cakap berdasarkan pendapat Ain dan sedikit sebanyak ilmu drpd Ustaz Don , UKE , UAI , Ustaz Haslin Bahrin . 
Tak salah nak jadi alim warak . Tak pernah ada salah . Islam itu mudah . Jangan merumitkan . Islam itu indah . Jangan memburukkan . 
Cara setiap org berdakwah adalah berbeza . Tapi kena ingat , dengan cara kita berdakwah menunjukkan cara Islam sebenar . Islam berdakwah penuh dengan kelembutan dan keikhlasan serta kasih sayang .
Islam tak pernah mengajar kita untuk menarik org buat kebaikan dgn cara paksaan mahupun kasar . 
Ain mintak maaf kalau ada yang terasa . Ain cume memberi pendapat . Ain bukan nak tunjuk alim bukan nak tunjuk arif dalam agama . Ain juga manusia biasa sering melakukan silap .
Bila ada bijaknya maka akan ada juga kejahilannya . Manusia takkan sempurna .
Semoga kita sama-sama dapat berubah ke arah kebaikan In Sha Allah .

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)