Assalamualaikum Hi . Harini Movie 2Kalimah keluar kan ? So Ain pergi tengok dgn cousin Ain , Hazirah kat TGV Cinema Jusco Tebrau City . Hari org bekerja dan sekolah kan , so agak kesunyian dalam wayang . Haha . Nevermind . Ain nak ceritakan sedikit tentang movie ni .
Movie ni , kepada siapa yg nonton , dan betul-betul faham , pasti akan mengingatkan kita untuk kembali ke jalan Allah . Sebabnya , movie ni , betul-betul memberi impak yg hebat pd diri Ain bahawa balasan Allah kepada hambaNya yg berbuat dosa itu amatlah dahsyat . Macam mana matinya seorang hambaNya yg dulunya didunia mengamalkan ilmu hitam , hidup cara orang Barat dan derhaka pd ibu .
Kadang kita sibuk fikir bagaimana rupa jodoh sampai lupa untuk berfikir bagaiman keadaan mati kita nanti ? Setiap manusia ada baik dan buruknya . Tp Allah tuh kan Maha Pengampun .
Selalu ingatkan diri sendiri bahawa sekecil-kecil dosa kita didunia adalah seberat-berat seksaan azab di neraka kelak . Astaghfirullah .
Seriously , movie ni dr sudut islamik sangat best !

