Monday, 1 April 2013

Andai masa terhenti

 Assalamualaikum . Ain tetiba rasa nak post pasal ni . 

Andai waktu aku terhenti , 
kirimkan salam sayang aku kepada kedua-dua ibu bapa aku serta abang aku .
katakan pd mereka aku amat mencintai mereka .
sampaikan salam seribu kemaafan drpd aku kepada mereka kerana tak sempat membahagiakan mereka di dunia . 
beritahu mereka tentang halalkan makan , minum , tempat tinggal dan segalanya yg mereka pernah beri kpd aku seumur hidup aku .
 
Andai masa aku telah tiba untuk kembali kepadaNya ,
kawan-kawan ,
maafkan segala salah silap aku drpd hujung rambut hingga hujung kaki .
ampunkan dosa aku andainya aku ade terumpat , terkutuk , terpukul , terhina , terkasar mahupun apa sekalipun .
halalkan juga setiap apa yg pernah kita kongsi bersama .
berikanlah aku ketenangan dgn doa-doa ikhlas mu wahai kawan-kawan .
 
Andai saat aku menghembuskan nafas terakhir telah tiba ,
lelaki lelaki yang pernah aku sayang namun tidak pernah aku membenci ,
 andainya ada yang terselit perasaan dendam kepada aku , maafkan aku .
jika cara kita berputus kasih dulu agak kasar , berilah aku ketenangan di 'sana' nanti .
aku mohon kenangan antara kita biarlah disimpan menjadi kenangan . 
semoga kamu akan bertemu dgn insan yg betul dan akan kekal bersamamu . 

Dengan siapa pun , Ain minta maaf . 

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)