Wednesday, 11 June 2014

I just want to say


Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, ampunilah segala dosa aku, jauhkanlah aku daripada azab nerakaMu, teguhkanlah kasih sayang aku kepadaMu terus kasih sayang aku kepada kedua-dua ibu bapa aku serta abang kandung aku dan begitu juga Mohd Nizat Bin Yusoff.
Ya Allah, betapa bersyukurnya aku kerana Engkau pertemukan aku dgn insan sebaik dan sesabar beliau iaitu Mohd Nizat Bin Yusoff. Sesungguhnya setiap apa yang Engkau telah tetapkan itu adalah yang terbaik untuk setiap hambaMu. 
Ya Allah, Engkau teguhkanlah hati aku, kasih sayang aku, manja aku, kesetiaan aku serta kejujuran aku hanya untuk dia yang bakal digelar peneman hidup aku sehingga hujung nyawa aku.
Ya Allah, jika setiap halangan dan liku liku yang Engkau berikan kepada aku dan dia adalah antara ujian daripadaMu ya Allah, Aku redha dan aku berusaha utk mengharunginya. Kerana sesungguhnya aku tahu Engkau takkan menguji hambaMu diluar kemampuan setiap hambaMu.
Ya Allah, disamping itu, berikanlah aku dan dia kekuatan utk mengharungi setiap dugaan dan cabaran utk melangkah ke dunia baru.
Ya Allah, yakinlah hati dia bahawa aku bukanlah seorang gadis yang sempurna sepertimana tiada manusia yang sempurna. Aku bukanlah gadis yang gilakan harta dan duit yang banyak kerana aku percaya setiap orang ade rezeki masing-masing sekiranya kita berusaha. Aku juga bukanlah seorang gadis yang menitiberatkan paras rupa utk menjadi teman hidup aku kerana sesungguhnya aku yakin setiap ciptaanMu adalah sangat indah. 
Ya Allah, bisikkanlah pada hati dia bahawa hati aku hanya ada untuk dia. Dan aku bermohon kepadaMu Ya Allah, tetapkanlah perasaan ini hanya untuk dia Mohd Nizat Bin Yusoff sehingga hujung nyawa aku dan dia.
Ya Allah, hanya kepadaMu aku bermohon dan hanya kepadaMu aku berserah. Tiada Tuhan selain Allah. Allahuakbar.

Amin Ya Rabbal Alamain.

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)