Saturday, 9 August 2014

My E-day


Assalamualaikum Selamat Siang semua. Haha. Alhamdulillah. Perkongsian ini bukan berniat untuk menunjukkan kebahagiaan tapi hanya untuk berkongsi bersama tentang diri saya yang telah bergelar tunangan orang iaitu tunang kepada Mohd Nizat Bin Yusoff. Alhamdulillah . Hati ini rasanya tidak akan pernah berhenti untuk memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.
Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa gemuruhnya hati ini sebelum majlis dan hanya Allah yang tahu betapa lega dan gembiranya sehingga menitiskan air mata apabila setelah selesai majlis iaitu bermaksud diri ini telah dipinang oleh Mohd Nizat Bin Yusoff.

Perkongsian Ain ttg persiapan sebelum majlis pula. Persiapan Ain tidaklah terlalu awal di mana tidaklah terlalu rapi dengan soal kewangan. Ain cume buat dengan apa yang termampu. Dengan bajet bagi pihak perempuan dan lelaki sama sama berbincang InshaAllah semua nya akan berjalan dengan baik. Persiapan terlalu lewat juga tidak boleh sebenarnya sebab membuatkan kita cepat dan lebih panik. Jadi bagi Ain sentiasalah berbawa berbincang dengan pihak lelaki dimana perbincangan itu akan mendatangkan pelbagai pandangan dan mungkin membolehkan kita berubah fikiran dan membuat keputusan ttg majlis yang bakal berlangsung itu dengan baik dengan izin Allah. InshaAllah. 

Ain memilih warna tema Purple Pink. Seumur hidup Ain tak pernah miliki apa apa barang berwarna PINK tapi entah mengapa pada hari yang sangat bermakna ini Ain tergerak hati utk memilih kombinasi warna Purple dan Pink.

Terima kasih kepada mak ayah dan abang yg kuat memberi sokongan kepada Ain. Dan juga kpd semua ahli keluarga yg sudi memberi sokongan dan dorongan dalam melancarkan dan memeriahkan majlis pertunangan Ain dengan Izat. Hanya Allah yang tahu betapa sebak dan terharu nya hati ini bila melihat org sekeliling Ain bahagia menyambut dan meraikan hari kegembiraan Ain pada 9 Ogos 2014.







Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya hanya kepadaMu lah aku bermohon dan hanya kepadaMu aku meminta. Ya Allah , aku bersyukur ya Allah atas pertemuan yang Engkau telah tetapkan. Aku berjanji pd diri aku ya Allah utk menjadi yg lebih baik drpd yg dulu sebagaimana Engkau telah temukan aku dengan seorang lelaki sebaik dan sesabar dia iaitu Mohd Nizat Bin Yusof. Ya Allah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku beranggapan pertemuan aku dan dia adalah utk mengajar aku utk menjadi lebaih penyabar dan seorang yg berlemah lembut apabila berbicara.
Ya Allah, tetapkan perasaan sayang, cinta dan rindu aku pada Mohd Nizat Bin Yusof. Kuatkanlah perasaan aku pada dia serta kuatkanlah juga kesabaran dan kasih sayang dia utk aku ya Allah.Berikanlah aku dan dia perlindungan sesungguhnya sebaik-baik perlindungan adalah perlindungan daripadaMu ya Allah.
ya Allah, berikanlah aku dan dia kekuatan utk menempuah liku liku dalam dunia kehidupan yang akan mendatang dengan hati yang tabah dan tenang serta redha dan sentiasa ingat akan Engkau Ya Allah.


Amin.

Maaf kalau ada ayat menyinggung mana-2 pihak :)