Hi Assalamualaikum uolls, Ain nk share experience Ain dgn En. Tunang Ain pergi holiday 2 hari 1 malam di Pantai Pasir Lanun, Mersin pd 27 & 28 Dec 2014 bersama Johor Kelisa Family & Johor Kelisa Modification Community (JKMC).
Pada pagi 27 Dec, kami berkumpul di dataran MPJBT utk perasmian oleh ADUN Gelang Patah. Bersarapan terus bekonvoi ke Pantai Pasir Lanun, Mersing pada jam 9.30pg .Alhandulillah cuaca pada hari ini sangat baik. Dan kami tiba lebih kurang jam 4ptg gara gara ada masalah antara peserta konvoi kami terpaksa menunggu antara satu sama lain supaya tiada yg sesat jalan.
Sebaik kami sampai, kami dijamu dengan makanan tengah hari di dewan makan. Kemudian diberi masa utk berehat dan solat Asar dan aktiviti seterusnya adalah sukaneka.
Acara sukaneka tamat pada jam 7ptg. Dan kami diberi masa utk mengemas diri masing masing dan solat Maghrib. Kemudian waktu utk ber-BBQ dan berKARAOKE !!! Pada waktu sebelah malam acara pertandingan karaoke diselang seli dengan acara penyampaian hadiah cabutan bertuah dan nyanyian peserta karaoke. Dan yg terbaik nya adalah Ain antara pesertanya !!! En. Tunang membuat 1 permintaan khas drpd Ain utk menyertai pertandingan karaoke pd mlm ni. Jd dgn hati tak berapa nak rela dan gugup ni terpaksa la memberanikan diri. Haha. Video ringkas ada di Instagram Ain : nurain23.
Pada pagi 28 Dec, cuaca tidak mengizinkan kami utk beriadah di pantai. Hujan sepanjang malam sehingga pagi ni. Rakan-rakan yg lain sedang lena tidur. Ain dah bangun subuh lg utk tunaikan solat Subuh dan bersiap kemas utk bersarapan bersama En. Tunang di dewan pagi ni. Ain dan En. Tunang bertolak pulang ke JB lebih awal drpd rakan-rakan yg lain disebabkan kami mendapat jemputan kahwin di Ayer Baloi, Pontian. Dan kami berharap sgt sepanjang perjalanan kami pulang tiada masalah dan tiada banjir. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Kami tiba di Ayer Baloi, Pontian jam 2ptg.
Pengalaman ini sangat indah dlm hidup Ain bersama En. Tunang.
So, tu je lah rasanya Ain nk share. Hehe. Byebye uolls !!